DULU BERAKSI BADUT DI TEPI JALAN, KINI BERGELAR JUTAWAN

Laliberté adalah seorang pemain sarkas kelahiran Kanada yang kini bergelar jutawan yang memiliki harta kekayaan sehingga berbillion ringgit. Di awal usianya, beliau hanya menjalankan pertunjukkan biasa di tepi jalan demi sesuap nasi bersama kumpulan sarkasnya.

Sehinggalah pada tahun 1987, beliau nekad untuk berhijrah ke Amerika dari Kanada untuk menyertai festival seni. Beliau bersama kumpulan sarkasnya ke sana tanpa membawa cukup uang untuk tambang pulang. Ternyata percaturan mereka membuahkan hasil. Di Las Vegas kumpulan mereka dinamakan Cirque du Soleil yang sangat terkenal.

Hari ini, Laliberté adalah CEO untuk syarikat Cirque dengan nilai kewangan sebanyak 1.98 billion dollar. Berkat kesungguhan dan keyakinan yang tinggi, beliau berjaya mengubah kehidupannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *