
King Kullen adalah sebuah pasaraya yang dibangunkan di era kemelesetan ekonomi. Pengasas pasaraya ini adalah Michael Cullen yang mana merupakan bekas pekerja sebuah pasaraya Kroger.
Ketika ekonomi memburuk, Michael Cullen mencadangkan kepada majikannya untuk mendirikan sebuah pasaraya berkonsep moden yang menyediakan banyak barang jualan dan menawarkan harga kupon. Namun, idea tersebut ditolak kerana kurang keyakinan akan keberhasilan meraih keuntungan ketika kuasa membeli rakyat adalah rendah.
Setelah idea beliau ditolak, Michael Cullen pun membuka sendiri pasaraya yang berkonsep moden tersebut. Beliau berjaya menarik ramai pelanggan kerana menawarkan harga kupon. Hanya dalam masa 2 tahun, beliau membuka 8 cawangan baru.
Kesimpulannya, ketika keadaan memburuk, jangan sesekali mengalah dengan keadaan. Cubalah untuk melihat peluang-peluang baru dari keadaan mendesak tersebut.