RAHSIA ATASI KEMELESETAN EKONOMI “JANGAN LETAK KESEMUA TELUR DALAM SATU BAKUL”

Bayangkan, anda hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja, iaitu gaji. Apakah yang akan terjadi sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi sehingga anda terpaksa diberi cuti tanpa gaji? Anda akan kehilangan kesemua sumber pendapatan.

Demikianlah pepatah yang mengatakan “jangan letak kesemua telur dalam satu bakul”. Bayangkan, anda mengisi kesemua telur yang anda miliki di dalam satu bakul dan kemudiannya anda terjatuh sehingga menyebabkan bakul tersebut terhempas. Kesemua telur akan pecah.

Mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan akan sangat-sangat membantu. Jika anda kehilangan satu sumber pendapatan, setidaknya anda masih mempunyai sumber-sumber pendapatan yang lain. Ini akan menjadikan anda memiliki kemampuan untuk terus bertahan dalam apa jua situasi-situasi buruk yang mungkin melanda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *