TIPS #1 MENGATASI KEMELESETAN EKONOMI

Kemelesetan ekonomi adalah sesuatu yang sangat dirisaukan oleh para usahawan yang mempunyai perusahaan perniagaan. Jika tidak mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, kemungkinan perniagaan mereka terpaksa gulung tikar.

Strategi pertama untuk mengekalkan momentum perniagaan anda adalah, jangan terlalu bertahan. Sebagai contoh, pada tahun 2008, Sony memilih untuk mengurangkan pengunaan kos sebanyak 2.6 billion. Beberapa kilang ditutup dan 16,000 pekerjaan ditamatkan. Malangnya setelah ekonomi kembali pulih, Sony melihat mereka sudah jauh ketinggalan dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain. Ini adalah kerana momentum mereka terhenti ketika kemelesetan ekonomi, manakala syarikat pesaing memilih untuk terus dengan strategi awal.

Jika dilihat, pendekatan khusus dengan memotong kos membawa kepada beberapa masalah. Pertama, mentaliti majikan dan pekerja akan turut menurun kerana terpengaruh dengan langkah pengurangan dan sasaran syarikat yang rendah. Kedua, syarikat akan cenderung mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama tetapi kualiti yang kurang. Hal ini boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan dari penguna. Ketiga, kekurangan moral setiap kakitangan dan pekerja. Perasaan kurang selamat yang mereka alami akan menyebabkan idea, hasil kerja dan usaha mereka menurun.

Dalam kajian yang dilakukan, syarikat yang memilih untuk membuat pemotongan kos yang drastik membuat keuntungan purata sekitar600 juta. Manakala syarikat yang mengambil pendekatan progresif memperoleh keuntungan sekitar 6.6 billlion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *