Lalat membawa bakteria dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya dari tempat pembuangan sampah, najis binatang, longkang, tandas dan sebagainya. Seterusnya, jika lalat masuk ke rumah anda, bakteria-bakteria tersebut akan tersebar di serata tempat.
Menghindari lalat daripada menyebarkan bakteria dan membahayakan keluarga anda adalah sangat penting. Berikut adalah tips yang saya kongsikan sebagai langkah berjaga-jaga daripada risiko sakit penyakit bawaan lalat.
1. Tutup makanan dengan tudung saji
Tudung saji dapat menghalang lalat daripada hinggap di atas makanan. Ketika meninggalkan makanan di atas meja, pastikan kita menutup rapat makanan tersebut mengunakan tudung saji.
2. Jangan makan makanan yang dihinggapi lalat
Sebelum mula makan, lalat akan memuntahkan sejenis cecair daripada mulutnya untuk mengubah makanan pepejal kepada cecair. Hal ini akan menyebabkan bakteria yang banyak akan mencemari makanan tersebut dan tidak selamat untuk dimakan oleh manusia.
3. Guna perangkap lalat
Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenis produk perangkap lalat. Salah satunya adalah, lampu biru yang mengeluarkan arus elektrik untuk membunuh serangga yang hinggap. Perangkap ini sering digunakan oleh pasar raya besar.
4. Kawasan rumah yang bersih
Memastikan kawasan rumah yang bersih juga boleh menyumbang kepada pengurangan lalat datang ke rumah. Tetapi hal ini kurang berkesan kerana lalat tetap akan masuk ke rumah jika terhidu bau makanan yang boleh menyebabkan mereka tertarik.
5. KILTAC Organic Spray
KILTAC Organic Spray terhasil dari campuran bahan-bahan organik terpilih khusus untuk menghapus serangga perosak dengan berkesan tanpa perlu membahayakan kesihatan penguna.
Keberkesanan semburan KILTAC yang boleh bertahan sehingga 3 hari untuk sekali semburan adalah kunci utama untuk memiliki rumah yang bebas serangga perosak khususnya lalat.