3 CARA MENGHASILKAN DUIT SECARA ONLINE

Mengetahui cara untuk menghasilkan duit tambahan secara sampingan selain daripada pendapatan utama adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara kita yang tidak menentu. Manalah tahu, pendapatan sampingan secara online ini lebih tinggi berbanding pendapatan utama anda sekarang.

Suka saya berkongsi cara menghasilkan duit di alam maya ini kerana tidak memerlukan kos dan belanja yang tinggi. Cukup sekadar anda menpunyai tekad dan sedikit pengetahuan mengunakan komputer.

CARA PERTAMA : AFFILIATE MARKETER

Cara ini menjanjikan hasil yang lumayan. Anda hanya perlu menjadi medium pengiklanan untuk syarikat jualan. Sesetengah syarikat memberikan komisen setinggi 30 hingga 50%. Lumayankan?

Syaratnya, anda hanya perlu mempunyai blog yang mempunyai traffik (pengunjung blog) yang tinggi. Jika pengunjung blog anda membeli melalui link yang anda berikan, anda akan mendapat komisen daripada jualan barang berkenaan.

Sebagai contoh, syarikat e-commerce Lazada juga menyediakan peluang untuk anda menjadi Affiliate marketer mereka. Bayangkan jika kenalan dan ahli keluarga kita membeli melalui link affiliate kita, kita akan mendapat komisen. Harga barang tetap sama dari yang asal, bezanya kita akan mendapat komisen.

CARA KEDUA : ADSENSE PUBLISHER

Cara ini suda menjadi medium utama para blogger dan you-tuber mendapatkan wang tambahan. Bahkan, ada yang mencapai jutaan ringgit sebulan!

Anda hanya perlu mempunyai blog, website ataupun channel youtube yang mempunyai pengunjung yang ramai. Daftarkan blog anda dengan Adsende dan mereka akan membantu anda untuk meletakkan iklan di channel anda. Jika iklan-iklan ini ditekan oleh pengunjung channel anda, anda akan mendapat wang ganjaran.

Untuk menghasilkan blog yang diminati ramai, selalunya akan mengambil sehingga berbulan-bulan. Tetapi jangan berputus asa kerana, jika blog anda berhasil, anda suda boleh menghasilkan pendapatan pasif setiap bulan.

CARA KETIGA : DROPSHIP, AGEN DAN STOKIS

Jika anda aktif media sosial ataupun mahir mengunakan Facebook ataupun instagram, anda sudah cukup berkebolehan untuk menjadi Dropship, agen ataupun stokis.

Dropship tidak memerlukan anda mengeluarkan uang untuk membeli produk. Anda hanya perlu menjadi orang tengah sebagai penjual. Serupa dengan kaedah Affiliate tadi, anda akan mendapat komisyen daripada setiap jualan. Kadang kala, ada syarikat yang menjanjikan komisyen setinggi 5 hingga 10%.

Agen dan stokis pula memerlukan anda untuk membeli produk berkenaan dan menjualnya semula untuk mendapat keuntungan. Bezanya, agen dan stokis mampu mendapatkan produk tersebut dengan harga yang rendah dan berpatutan. Bahkan ada syarikat yang menawarkan potongan harga sehingga 50% daripada harga pasaran. Lumayankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *