Ketika Amerika menghadapi krisis kegawatan ekonomi yang teruk, ramai rakyat di sana yang mengawal perbelanjaan untuk berjimat dan mengurangkan pengunaan duit untuk perkara-perkara kurang penting.
Ketika itu, syarikat pengeluar permainan plastik LEGO dapat meramalkan bahawa jualan permainan mereka akan jatuh menjunam. Dan dalam keadaan terdesak tersebut, mereka menemukan idea baru iaitu melebarkan jualan mereka ke luar negara. Mereka mulai memasarkan permainan tersebut ke Asia dan Eropah sehingga jualan mereka melonjak naik lebih tinggi berbanding ketika ekonomi Amerika masih kukuh.
Ternyata, selama ini mereka berada di dalam “comfort zone” sehingga mereka terlepas pandang bahawa di luar sana masih ada banyak peluang untuk teruk berkembang. Kejatuhan ekonomi telah membuka peluang baru yang jauh lebih besar untuk mereka.