BAGAIMANA THE HONEST COMPANY MENGATASI KEMELESETAN EKONOMI

The Honest Company adalah syarikat lampin bebas kimia yang diasaskan oleh pelakon terkenal Jessica Alba. Meskipun terkenal, nama beliau sahaja tidak cukup untuk mengukuhkan pasaran lampin tersebut. Kerana pada tahun ia diasaskan, Amerika sedang mengalami kejatuhan ekonomi.

Oleh demikian, mereka mencuba untuk berkolaborasi bersama pengeluar produk lain yang mempunyai pendekatan sama, iaitu produk untuk keluarga yang bebas kimia. Mereka berpendapat, jika penguna mahu membeli lampin bayi, mereka juga mungkin turut berminat membeli tisu bayi, syampu dan sebagainya.

Akhirnya, dengan gabungan tersebut, The Honest Company berjaya meningkat naik dengan mengeluarkan 17 jenis produk bebas kimia.

Kesimpulannya, ketika kemelesetan ekonomi kerjasama bersama vendor dan pembekal adalah sangat penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *