Pusing kiri pusing kanan, setidaknya akan ada seorang yang kita kenal yang mempunyai masalah kewangan. Kemungkinan saja, diri kita sendiri. Kita melihat orang lain mampu dan berjaya, sedangkan kita masihย cukup-cukup makanย walaupun gaji mencecah ribuan ringgit sebulan.
Ada orang yang bergaji sekitar seribu lebih sahaja tetapi mencapai kebebasan kewangan. Apa RAHSIA?
Saya pernah menyertai kelas berkenaanย Kebebasan Kewangan. Dan rahsia terbesar untuk mencapai tahap tersebut adalahย SIDE INCOME. Kunci mencapai kebebasan kewangan adalah menabung. Tabungan ini akan menghasilkan duit. Sebagai contoh tabungan ASB. Setelah anda mempunyai modal kewangan yang banyak, anda sudah boleh mulai melabur.
Jika duit gaji kita hanyaย cukup-cukup makan, macamana nak menabung? Jawapannya ialahย side income. Walaupun kita sedang bekerja, kita masih boleh mengambil peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui bisnes online dan sebagainya.