
Ubah sudat pandang anda, maka anda mampu melihat sesuatu yang baru dari sudut yang lain. Mungkin saja ada perkara positif di dalam perkara yang pada awalnya kelihatan negatif.
Neflix pada mulanya bermula agak perlahan. Mereka muncul dengan idea yang agak baru ketika itu, iaitu menawarkan perkhidmatan pinjaman DVD melalui pesanan online. Setelah pelanggan membuat pesanan, DVD tersebut akan mulai dikirim terus ke rumah.
Ketika itu, sambutan tidak beberapa memberangsangkan sehinggalah kejatuhan ekonomi melanda. Melihat hasil keuntungan yang akan jatuh, Neflix muncul dengan idea baru iaitu menyediakan perkhidmatan streaming online. Kali ini, pelanggan boleh menjimatkan wang dan masa kerana boleh terus melihat video tersebut mengunakan sambungan internet tanpa perlu perkhidmatan penghantaran yang memakan masa dan kos penghantaran.
Pada penghujung tahun tersebut sahaja, Neflix berjaya meraih lebih 3 juta pelanggan berdaftar baru. Syarikat-syarikat siaran lain gagal untuk bersaing kerana mereka tidak menyediakan perkhidmatan streaming.
Seperti keadaannya di Malaysia ketika ini, pendapatan Astro jatuh menjunam akibat kemunculan-kemunculan perkhidmatan siaran online.