
Revlon diasaskan pada tahun 1932 iaitu pada era kemelesetan ekonomi yang teruk di Amerika. Mereka muncul sebagai pengeluar cat kuku berasakan pigmen yang pertama di dunia.
Produk pertama mereka adalah cat kuku berwarna merah yang dinamakan Cherries in the Snow. Menariknya, produk tersebut mendapat sambutan hangat sehinga ditambah kepada prouduk-produk baru seperti gincu dan alat solek.
Akhirnya, pada penghujung perang dunia kedua, Revlon muncul sebagai pengeluar barangan komestik kedua terbesar di Amerika. Pada hari ini, syarikat Revlon sudah bernilai $3 billion.
Kesimpulannya, jangan sesekali menjadikan ekonomi yang sedang memburuk sebagai alasan untuk berhenti menjalankan perniagaan. Rezeki sentiasa ada untuk mereka yang berusaha dan mencari.