SEJAUH MANA BAHAYA SEEKOR LIPAS?

Sesetengah orang sangat geli dan takut dengan lipas. Tetapi ada juga yang menjadikan lipas sebagai hidangan makan malam. Secara lahirnya, lipas tidaklah kotor dan berbahaya, kecuali apabila ia membiak dan membesar di kawasan persekitaran yang kotor sahaja.

Apabila lipas ini membesar di persekitaran kotor, secara tidak langsung lipas akan menjadi perumah kepada beratus ribu bakteria. Hal ini menyebabkan lipas dikesan sebagai agen penyebar penyakit. Selain itu, lipas turut mencemarkan makanan, menyebabkan alahan dan juga asma.

Lipas membawa bakteria dan kuman pada kaki dan badan mereka semasa mereka melalui kawasan-kawasan kotor dan seterusnya memindahkan bakteria dan kuman tadi pada makanan dan kawasan baru yang mereka lalui.

Mengikut kajian, lipas dipercayai membawa bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit diarrhea, dysentery, cholera, leprosy, plague, demam typhoid dan penyakit tular seperti poliomyelitis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *