6 BAHAYA LIPAS

Pernahkah kamu melihat lipas berkeliaran di ruangan dapur? Jangan pandang remeh. Lipas adalah serangga yang membaya penyakit dan memudaratkan.

Manusia dan lipas boleh diungkapkan bagai aur dengan tebing. Bayangkan, sejak mulanya perabadan manusia, lipas suda menjadi pendamping tidur. Bermula daripada gua sehinggalah terciptanya bangunan pencakar langit, kita masih tinggal sebumbung bersama lipas. Malahan, kadang kala secara tidak langsung kita berkongsi makanan dengan mereka.

Lipas tidak mendatangkan penyakit, tetapi mereka inilah yang membawa penyakit. Seekor lipas mampu membawa berjuta-juta bakteria dan virus yang mana boleh membawa kepada penyakit cirit-birit dan keracunan makanan.

1. Pencemaran makanan.
Lipas hidup dengan memakan hampir kesemua jenis benda. Selain daripada sisa makanan manusia, lipas juga makan tumbuh-tumbuhan yang suda mati, haiwan, sabun, kertas, papan, rambut yang gugur dan sebagainya. Ketika malam hari, mereka berkeliaran dan mencemari makanan yang tidak terjaga. mereka melepaskan cecair, bulu, kulit mati dan telur pada makanan tersebut.

2. Jangkitan bakteria.
Ketika makan, lipas melepaskan air liur dan cecair daripada mulutnya yang terhasil daripada makanan sebelumnya. Cecair ini mengandungi kuman dan boleh menyebabkan jangkitan pada sistem penghadaman manusia dan sepsis (keracunan darah) yang boleh mendatangkan kematian.

3. Gigitan lipas.
Sesetengah jenis lipas boleh mengigit dan mendatangkan kecederaan. Gigitan lipas ini agak bahaya dan di khuatiri mendatangkan jangkitan.

4. Masuk kedalam angota badan
Kes seperti ini sudah pernah terjadi. Lipas-lipas kecil kadang kala berkeliaran sehingga memasuki lubang telinga dan hidung manusia. Saat tidur nyenyak, kita tidak akan sedar kehadiran lipas yang mungkin sahaja sudah bersedia untuk masuk ke dalam mulut kita.

5. Alahan kulit
Air liur lipas boleh menyebabkan alahan. Cecair ini mengandungi berbagai jenis penyebab alahan. Alahan tersebut termasuk lah mata berair, kulit membengkak dan bersin.

6. Asma
Lipas boleh menjadi musuh utama untuk mereka yang menghidap penyakit asma. Kemungkinan serangan asma terjadi meningkat sekiranya rumah dihuni oleh lipas. Hal ini boleh terjadi kerana, penghidap penyakit asma yang mungkin tersedut agen penyebab alahan yang dibawa oleh lipas.

Mengetahui bahaya lipas memudahkan kita untuk membendungnya daripada terjadi. Pastikan rumah anda bebas dari lipas. Semoga info ini bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *