6 PETUA MENGHALAU LALAT ZAMAN ORANG DULU

PETUA ORANG ZAMAN DULU
Orang zaman dulu-dulu tiada racun serangga. Mahu halau lalat, hanya mengunakan bahan-bahan semulajadi. Sebenarnya mengunakan bahan semula jadi adalah baik kerana tidak beracun dan tidak mempunyai kesan sampingan. Petua-petua ini boleh la kita ikut.

1. BUNGA CENGKIH
Ini paling femes. Orang dulu-dulu suka buat. Ambil bunga cengkih, masukan dalam mangkuk berisi air. automatik lalat tersebut cari pintu keluar. Upgrade sikit, letak bunga cengkih atas limau purut. Yang ni, nyamuk pun lari.

2. AIR DALAM PLASTIK
Misteri? Ya orang dulu-dulu suka gantung air dalam plastik. Kononnya, mata lalat akan silau sehingga tidak mampu untuk datang dekat. Kadang-kadang, ada juga yang masukkan duit syiling dalam tu.

3. SERAI WANGI
Yang ni perlu usaha sikit. Mula-mula kisar serai wangi tersebut. Letak dlm air semalaman. Esoknya, tapis dan ambil air rendaman tersebut. Lepas tu, boleh la percikkan air tersebut keliling rumah, tepi tingkap, depan pintu. Nescaya rumah bebas tanpa lalat.

4. DAUN KARI
Serupa dengan bunga cengkih tadi, letakkan daun kari dalam air. Aroma ni akan halau lalat. Letak banyak-banyak, potensi keberkesanan meningkat.

5. DAUN BELIMBING
Daun belimbing ni serupa juga dengan daun kari. Hanya perlu letak dalam air dan biarkan aroma daun tersebut menghalau lalat.

6. TIMUN
Ambil sebiji timun, potong halus dan letakkan potongan timun tersebut di tempat2 yang berpotensi untuk menghalau lalat. Sememangnya, lalat tak sukakan timun.
Cubalah petua-petua ni. Sangat sesuai kerana ianya daripada bahan semula jadi. Tidak beracun. Tambahan pula tidak berbahaya untuk kanak-kanak kecil dan tiada kesan sampingan.

7. KILTAC ( Pilihan terbaik buat keluarga )

KILTAC Organic Spray terhasil dari campuran bahan-bahan organik terpilih KHUSUS untuk menghapus serangga perosak dengan BERKESAN tanpa perlu membahayakan kesihatan penguna.
.
โ˜˜๏ธย Selamat utk manusia, ternakan dan tanaman
โ˜˜๏ธย Kesan lama 3 ke 5 hari utk sekali semburan
โ˜˜๏ธย Tiada bahan kimia berbahaya
โ˜˜๏ธย Tidak melekit, tidak berminyak, tidak berbau
โ˜˜๏ธย Kegunaan dalam & luar rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *