9 LANGKAH CEGAH SAKIT JANTUNG

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Penyakit ini adalah lebih mematikan berbanding penyakit paru-paru kerana merokok. Justeru itu, saya senaraikan 9 langkah mencegah penyakit jantung.

  1. 1. KAWAL TEKANAN DARAH
  2. Tekanan darah tinggi adalah faktor utama untuk serangan jantung. Lakukan pemeriksaan tekanan darah lebih kerap untuk anda mengetahui situasi sebenar anda. Jika tekanan darah anda tinggi, disarankan untuk mengubah gaya hidup yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. 2. KAWAL KADAR KOLESTROL
  4. Kadar kolestrol yang tinggi berisiko menyebabkan alteri tersumbat sehingga menyebabkan serangan jantung. Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami masalah kolestrol berlebihan.
  5. 3. KEKALKAN BERAT BADAN SIHAT
  6. Berat badan berlebihan ataupun obesiti turut menyumbang kepada penyakit jantung kerana sering dikaitkan dengan penyakit yang boleh menyebabkan serangan jantung seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
  7. 4.MAKAN MAKANAN SIHAT
  8. Kawal pengambilan lemak tepu berlebihan, makanan tinggi natrium, dan gula tambahan. Utamakan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan bijirin.
  9. 5.SENAMAN TERATUR
  10. Bersenam mempunyai banyak kebaikkan. Selain mampu menguatkan jantung anda, bersenam juga mampu untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kolestrol berlebihan.
  11. 6.JANGAN MEROKOK
  12. Merokok bukan sahaja berbahaya kepada jantung, tetapi juga kepada organ penting yang lain.
  13. 7.JANGAN MENGAMBIL ALKOHOL
  14. Pengambilan alkohol yang banyak boleh meningkatkan tekanan darah dan berat badan. Dua perkara ini menyumbang kepada serangan jantung.
  15. 8. JAUHI TEKANAN
  16. Merasa tertekan adalah antara pemicu serangan jantung. Jauhi perkara-perkara yang berkemungkinan menyebabkan anda berasa tertekan.
  17. 9.TIDUR YANG CUKUP
  18. Kurang tidur akan menyebabkan anda lelah, mudah tertekan, kemungkinan obesiti dan tekanan darah tinggi.

2020, ayuh amalkan hidup sihat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *