BAHAYA KUTU KUCING

Kutu kucing memerlukan makanan darah setiap beberapa hari sepanjang hidupnya. Hal ini mengakibatkan haiwan peliharan kekurangan sel-sel darah merah yang penting. Bayangkan, jika haiwan kesayangan anda mempunyai sekitar 70 ekor kutu di atas badannya, kutu-kutu ini akan mengambil kira-kira 1 mililiter darah dalam beberapa hari. Hal ini akan menyebabkan anemia yang teruk kepada haiwan yang masih kecil ataupun yang lemah.

Sekiranya tidak ditangani, kutu akan membiak dan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Dalam jumlah yang banyak, kutu-kutu ini boleh membunuh haiwan dalam masa kurang dari 1 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *