BOLEHKAH ORANG MAKAN GAJI JADI JUTAWAN?

Orang miskin terus miskin, orang kaya terus kaya? Ada kebenaran di dalam ungkapan tersebut. Tetapi secara faktanya, jutawan banyak terhasil daripada golongan yang berpendapatan sederhana. Mereka yang berada di dalam kelas pertengahan.

Jumlah jutawan bertambah saban tahun. Mereka ini bukannya menjadi jutawan melalui harta yang diwarisi, tetapi melalui perniagaan dan lain-lain.

Statistik menunjukkan bahawa 14% daripada jutawan dunia adalah guru, dan kira-kira 50% adalah dari golongan profesional yang berpendapatan sederhana.

Tahukah anda, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukharyย adalah bumiputra paling kaya di Malaysia. Beliau berasal dari keluarga yang miskin dan pernah membantu ibunyaย ย menjual sayur-sayuranย di pasar ketika beliau masih lagi bersekolah. Selain itu, beliau juga pernahย menjual roti canai,ย menternak lembu sertaย menjual dagingย di pasar.

Lahir di dalam keluarga miskin tidak menjamin kita untuk terus miskin. Kita boleh sahaja menyalahkan keadaan persekitaran kita, tetapi jangan sampai ianya menjadi alasan untuk kita berhenti berusaha untuk mengubah hidup.

Kita boleh sahaja dilahirkan miskin, tetapi jangan pernah biarkan minda kita ‘miskin’. Mulakan langkah kita pada hari ini dengan penuh keyakinan. Kejarlah impian kita tanpa rasa takut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *