JAWAPAN KENAPA KEMELESETAN EKONOMI ADALAH SAAT BAIK UNTUK MENGELUARKAN PRODUK BARU

Kemelesetan ekonomi adalah saat yang baik untuk mengeluarkan produk baru. Kajian menjelaskan, dengan mengeluarkan produk baru, kita boleh menarik pelanggan baru daripada syarikat yang sedang lemah ataupun yang sedang menghentikan pengeluaran.

Syarikat pengeluar produk sarung kaki BOMBAS adalah antara syarikat yang berjaya meraih ramai pelanggan baru kerana mengeluarkan produk baru ketika kemelesetan ekonomi.

Dengan pengalaman yang ada, Bombas tahu sarung kaki adalah antara keperluan yang sangat diperlukan di rumah perlindungan untuk para gelandangan di Amerika. Dan pada saat tersebut, menderma sarung kaki yang sudah terpakai adalah dilarang kerana faktor-faktor kesihatan.

Oleh demikian, Bombas pun mengeluarkan produk baru yang disertakan dengan kempen Beli Satu Derma Satu. Dengan itu, para pembeli secara tidak langsung akan menderma sarung kaki baru kepada para gelandangan setiap kali membeli sarung kaki Bombas. Menariknya, kempen ini berjaya mendapat sambutan ramai walaupun di saat kemelesetan ekonomi.

Kesimpulannya, kemelesetan ekonomi akan membuka peluang baru yang semestinya harus anda terokai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *