KAWAL ANAK DARIPADA KETAGIHAN PERANTI ELOKTRONIK

Dari TV ke tablet handphone, anak kecil yang baru berusia 3 tahun sudah mulai ketagih dengan peranti elektronik. Mereka mengunakannya untuk menonton siaran kegemaran, kartun, youtube, bermain permainan video dan mendengar lagu. Kadang-kala ada anak kecil yang mengunakan handphone menonton youtube sehingga lebih 8 jam sehari.ย 
Banyak kajian mengatakan pengunaan peranti elektronik ini memberi kesan yang negatif kepada anak-anak kecil jika digunakan terlalu kerap. Hakikatnya, pengunaan alat elektronik ini juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Tetapi kali ini saya hanya berkongsi kesan negatif sahaja.

Pada tahun 2013, Daily Mail melaporkan bahawa 29% anak kecil yang berusia 3 tahun ke bawah sudah biasa mengunakan peranti elektronik dan 70% lagi di awal zaman persekolahan.ย Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, secara purata kanak-kanak menghabiskan kira-kira 8 jam sehari menonton skrin elektronik.

Penggunaan alat elektronik terlalu lama boleh menjejaskan masalah penglihatan dalam jangka masa panjang. Apabila terlalu kerap melihap skrin elektronik, kerdipan mata akan semakin berkurang. Kebiasaannya, mata akan berkelip sekitar 15 kali dalam satu minit. Tetapi, apabila melihat skrin elektronik, jumlah kerlipan akan berkurangan dari masa kesemasa kerana pemerhatian yang tinggi keatas pergerakan di dalam skrin. Dalam situasi ini, jumlah kerdipan boleh menurun sehingga kurang 5 kali dalam seminit.

Antara kesan negatif pengunaan alat elektronik secara kerap bagi anak kecil adalah kelewatan dalam pengunaan bahasa dan bertutur. Kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur mampu untuk berkata-kata tetapi sukar untuk kita

difahami.Manakala bagi kanak-kanak yang mengalami kelewatan bahasa pula hanya mampu mengunakan dua atau tiga perkataan dalam satu-satu masa. Menurut pakar, kanak-kanak belajar berkomunikasi melalui komunikasi sesama manusia. Tetapi apabila mereka sering menghabiskan waktu melihat skrin elektronik, perkembangan mereka untuk bertutur dengan sempurna terbantut.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin mengalami masalah defisit perhatian: Gangguan Hyperactivity (ADHD). Ia merujuk kepada masalah seperti memberi perhatian, hiperaktif atau mengalami kesukaran mengendalikan tingkah laku. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mudah untuk cemas, tidak dapat memberi tumpuan, gelisah dan mudah terganggu. Perubahan dalam tingkah laku ini boleh menyebabkan masalah di sekolah atau di rumah juga.

Seperti yang saya maklumkan tadi, pengunaan alat elektronik sebenarnya mempunyai kebaikan juga. Tetapi saya tidak berkongsi di catatan saya pada kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *