KUASAI INI. 3 SEBAB ORANG SANGGUP MEMBELI

Secara psikologinya, manusia tidak membeli mengunakan logik. Perkara pertama yang mencetus keinginan untuk membeli adalahย EMOSI. Emosi inilah yang akan mempengaruhi logik. Sebab itulah syarikat-syarikat besar sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk pengiklanan semata-mata untuk memancing emosi pembeli.ย 

Perkara kedua adalah untukย MENYELESAIKAN MASALAH. Kita membeli sebab kita menginginkan barang tersebut menyelesaikan masalah kita. Contohnya, masalah kulit berjerawat. Kita sudah tentu akan tercari-cari produk anti jerawat. Oleh itu, jika anda ingin menjual sesuatu, pastikan anda yakinkan pembeli anda mereka mempunyai masalah yang produk anda mampu selesaikan. Bayangkan anda menjual ubat kurap kepada yang tidak menghidapi penyakit kurap. Hanya perkara yang sia-sia.

Akhir sekali adalahย CERITA. Pembeli sanggup membeli dengan harga mahal jika produk tersebut mempunyai cerita. Bayangkan ada dua jenis pen yang sama, pen A adalah pen biasa manakala pen B juga pen biasa tetapi mempunyai cerita disebaliknya iaitu pen tersebut pernah digunakan oleh Tun Dr Mahathir untuk menulis surat cinta kepada Tun Dr Siti Hasmah. Sudah tentu pen B akan mempunyai nilai harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual produk, jangan lupa untuk selitkan sedikit cerita berkenaan produk tersebut. Anda boleh bercerita pengalaman pertama kali bagaimana anda boleh tertarik dengan produk tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *