Kutu tilam atau pepijat tidak akan tinggal jauh dari mangsanya. Kebiasaanya, mereka akan tinggal dan membiak sekitar tilam dan katil mangsa. Pergerakan mereka juga sangat terhad sehingga menghalang mereka untuk tinggal lebih jauh dari punca makanan.
Walau bagaimanapun, sesetengah kutu tilam yang sudah menghisap darah akan tinggal di dalam baju. Pepijat ini adalah pepijat betina yang sarat dengat telur. Pepijat ini memilih untuk berpindah dan membiak di tempat lain untuk mengelak daripada mengawan lagi. Hal ini kerana, proses mengawan memberi risiko kepada pepijat betina dimana pepijat jantan akan memotong perut pepijat betina untuk memasukkan sperma.
Apabila anda menginap di tempat yang mempunyai kutu tilam, kemungkinan baju anda sedang dihuni oleh seekor pepijat betina yang sarat dengan telur.