LIPAS SEMPAT BERTELUR DALAM TELINGA

Kejadian yang sangat misteri ini terjadi di Florida. Blake Collin yang sudah sekian lama hidup berperang dengan lipas akhirnya menerima tamparan akhir apabila seekor lipas memilih untuk bertelur di dalam telinga beliau. Sekitar jam 5 pagi, Collin terjaga dari tidur kerana merasa sakit di dalam telingga. Beliau dapat merasakan sesuatu sedang mengali masuk ke dalam telinga. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan.

Di hospital, doktor memasukkan sejenis cecair lidocaine untuk membunuh lipas tersebut. Menurut Collin, untuk beberapa minit, dia dapat merasakan lipas tersebut sedang bergerak-gerak dengan pantas sebelumย  mati perlahan-lahan di dalam telinga. Tidak cukup dikejutkan dengan kejadian lipas bersembunyi di dalam telinga, rupa-rupanya lipas tersebut juga sempat bertelur. Bertuahnya, telur tersebut dikesan dan dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *