Mengenal kelemahan pepijat @ kutu tilam

Pepijat @ kutu tilam adalah serangga yang agak sukar dihapuskan. Tanpa mengetahui kelemahan dan kekurangan mereka, kita berkemungkinan gagal untuk mengawal serangan mereka.

Apakah kelemahan pepijat? Tidak seperti serangga lain, pepijat tidak mempunyai sayap untuk terbang dan sifat fizikal yang membolehkannya untuk melompat. Pepijat juga tidak mampu bergerak laju. Mereka janya mampu bergerak sejauh 3 hingga 4 kaki dalam seminit. Kaki mereka juga tidak mampu untuk bergerak pada permukaan licin. Sifat-sifat fizikal mereka sangat gagal untuk proses melarikan diri dari pemangsa. Namun apakah pula kelebihan pepijat ini sehingga ia sukar dihapuskan?

Kerana kekurangan yang ia miliki, pepijat beradaptasi dengan bakat lain, iaitu kelincahan melarikan diri dari pemangsa. Pepijat memilik tubuh yang nipis untuk bersembunyi tempat-tempat sempit sehingga sukar dilihat. mereka juga hanya keluar pada waktu malam ketika keadaan yang gelap untuk mengelak daripada diketahui mangsa. Selain itu, mereka juga mempunyai kebolehan lain yang sangat luar biasa iaitu, boleh bertahan hidup selama setahun tanpa menghisap setitis darah pun.

Jika anda ingin mengatasi masalah pepijat @ kutu tilam ini, spray penghapus serangga KILTAC seharusnya menjadi pilihan. Semburan KILTAC mampu bertahan sehingga 3 hari lamanya. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk menghapuskan pepijat yang sedang bersembunyi ketika semburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *