ORKID SUMAZAU RM20,000 HANYA ADA DI SABAH

Hai orang Sabah! Apa khabar? Tahukah anda bahawa negeri di bawah bayu ini mempunyai spesis orkid yang sangat langka? Setangkai bunga sahaja bernilai 5000 USD! Jika mengikut kadar mata wang kita sekarang, bunga ini bernilai hampir 20,000 ringgit. Bunga ini adalah dari jenis bunga anggerik ataupun orkid yang dipanggilย Rothschildโ€™s slipper orchid (Paphiopedilum rothschildianum).ย Uniknya, bunga ini hanya terdapat di gunung Kinabalu pada altitud 500 dan 1200 meter.ย 

Hal yang menjadikan bunga orkid ini menarik perhatian adalah kerana bunga ini hanya mekar sekali dalam 15 tahun. Malangnya, bunga ini bersifat langka dan sangat jarang ditemui. Bunga ini sudah pun dikelaskan sebagai terancam dan dilindungi oleh kerajaan Malaysia.

Bunga ini diberi gelaran bunga Sumazau oleh penduduk tempatan kerana bentuknya yang seakan-akan bentuk tubuh manusia yang menari tarian sumazau. Selain itu, bunga ini juga dipanggil “Emas Kinabalu” kerana nilainya yang sangat tinggi.

Uniknya, negeri di bawah bayu! 

Reference:
https://www.mysabah.com/wordpress/the-most-expensive-orchid-in-the-world/
http://thehigherlearning.com/2014/07/25/why-are-people-paying-as-much-as-5000-per-stem-for-this-orchid-photo-gallery/
https://plantorchid.wordpress.com/2017/03/21/the-most-expensive-orchid-in-the-world/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *