PENJUAL DODOL COKLAT DARI KOSONG MENJADI JUTAWAN

Resepi dodol coklat yang dijenamakan sebagai Chocodot ini sebenarnya ditemukan oleh pemiliknya tanpa sengaja.

Kiki Gumelar, pemilik syarikat Chocodot menceritakan bahawa beliau tanpa sengaja telah menjatuhkan cendol ke dalam coklat yang sedang beliau olah. Saat mencuba dodol bersalut coklat tersebut, beliau mendapat ilham untuk mencuba menjual dodol coklat tersebut.

Pada mulanya, beliau mendapat banyak penolakan. Termasuklah dari kedua orang tuanya. Pantang menyerah, hal tersebut beliau jadikan pendorong untuk terus berusaha dan memperbaiki segala kekurangan.

Berkat usaha dan kerja keras, hari ini beliau merupakan pengusaha yang sangat berjaya. Pada masa ini, beliau sudah pun memiliki kedai coklat, kafe coklat, bakery coklat dan muzium coklat.

Bayangkan jika beliau adalah seorang yang mudah putus asa dan menyerah saat menerima pelbagai kritikan. Pada hari ini, dia mungkin masih seorang yang biasa-biasa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *