POLA FIKIR ORANG KAYA UNTUK TERUS KAYA

Mengapakah orang kaya terus kaya, orang miskin bertambah miskin? Perkara ini terjadi kerana mindset orang kaya dan orang miskin tidak sama. Orang kaya berani untuk membuat pelaburan dan memulakan perniagaan. Manakala, orang miskin sering berkira-kira sehingga tidak berani untuk memulakan perniagaan walaupun hanya memerlukan modal yang sedikit.

Jika anda memiliki keinginan untuk menceburkan diri dalam perniagaan, mulakan dari asas terlebih dahulu. Lihat dan belajar sendiri bagaimana “perniagaan” tersebut beroperasi. Seterusnya, gunakan kemahiran tersebut untuk membuka perniagaan anda yang lebih besar.

Di luar sana, lebih ramai usahawan yang berjaya setelah mengalami kegagalan beberapa kali. Tekad dan usaha yang konsisten adalah kunci kejayaan mereka. Ubah pola fikir anda, maka hasil juga akan berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *