RAHSIA GROUPON, SYARIKAT YANG MENINGKAT NAIK DI ERA KEJATUHAN EKONOMI

Kebiasaannya, syarikat yang mampu bertahan di era kejatuhan ekonomi adalah syarikat-syarikat besar yang sudah mempunyai kestabilan dan kekuatan kewangan yang kukuh. Tetapi tidak buat syarikat Groupon.

Syarikat Groupun hanya dibangunkan pada tahun 2008 iaitu dizaman ekonomi Amerika mengalami kejatuhan. Syarikat ini melihat masalah yang dihadapi pembeli dan peniaga dan menawarkan penyelesaian buat mereka, iaitu menyediakan ruangan membeli belah online e-commerce.

Para peniaga mendapat keuntungan kerana menjual barangan di dalam Groupon dapat menjimatkan kos mereka. Manakala para pembeli pula dapat menjimatkan duit mereka kerana barangan di dalam Groupun di jual lebih murah berbanding di luar.

Groupun melihat masalah dan menawarkan penyelesaian. Ini adalah perkara utama yang perlu dinilai sebelum anda tercari-cari hendak menjual produk apa. Pastikan produk anda menawarkan penyelesaian kepada masalah para pembeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *