Semut charlie menyerang Malaysia

Semut charlie ini juga dikenali sebagai semut semai atau semut kayap. Semut ini biasanya ada di kawasan perkampungan yang mengamalkan penanaman padi. Tidak seperti semut lain yang biasanya mengigit, semut charlie mengeluarkan cecair bisa yang boleh menyebabkan kulit melecur dan melecet.

Semut ini dikesan di seluruh Malaysia kerana cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun sangat sesuai untuk mereka membiak. Semut ini sebenarnya berguna untuk mengawal pembiakan serangga pemusnah tanaman kerana semut charlie menjadikan serangga sebagai makanan.

Semut charlie memberi risiko kepada manusia kerana cecairย haemolimfa yang mereka rembeskan boleh menyebabkan kawasan kulit yang terlibat akan terasa seperti melecet dan terbakar. Kes yang tidak teruk kebiasannya akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih manakala kes pertengahan dan kritikal mengambil masa satu hingga dua minggu untuk pulih dan parut hiperpigmentasi yang kekal selama sebulan. Dermatitis linearis yang teruk lazim diikuti dengan tindak balas systemik seperti demam, sakit sendi, radang lapisan mucus hidung, sakit kepala (ataupun kawasan saraf) dan keradangan telinga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *