TIPS MARKETING ONLINE – FB LIVE

Setelah kualiti internet meningkat, pengiklanan mengunakan video lebih mendapat perhatian. Bagi yang memiliki page facebook sudah tentu sedar akan hal berkenaan.

Berbanding membaca, pengguna facebook lebih memilih untuk mendengar. Oleh yang demikian, FB LIVE adalah medium terbaik para peniaga untuk memasarkan produk atau servis mereka.

Siaran FB LIVE adalah percuma dan diakui oleh ramai bahawa ianya mampu menarik lebih ramai follower, penonton dan jualan yang banyak.

Tambahan lagi, untuk membuat FB LIVE, anda hanya memerlukan jaringan internet yang baik, smartphone dan tripod. Cukup mudah dan senang.

Berikut adalah perkara-perkara penting yang anda harus ikuti untuk membuat FB LIVE;

1. Buat pengumuman awal di Page bahawa anda akan membuat siaran FB LIVE pada masa-masa yang ditetapkan. Pastikan juga anda letak description yang boleh menarik minat mereka.

2. Sediakan pembantu untuk menjawab sebarang soalan di ruangan live chat ataupun untuk perkara-perkara lain agar anda tidak terganggu bersiaran.

3. Minta penonton untuk like, follow dan share. Hal ini penting untuk reach lebih ramai penonton dan juga untuk meningkatkan follower page anda.

4. Libatkan para penonton ketika siaran. Cuba untuk berinteraksi dengan mereka. Jawab soalan mereka ataupun berikan soalan kepada mereka. Sambut sapaan mereka dan sebagainya.

5. Tamatkan siaran dangan CTA (Call To Action). Contohnya, “PM saya untuk lebih lanjut”. Hal ini untuk mengalakkan mereka melakukan tindakan susulan setelah habis siaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *