7 CARA RUMAH BEBAS LIPAS

Sudah terang lagi bersuluh, lipas merupakan salah satu serangga yang memudaratkan. Lipas boleh membawa pelbagai jenis panyakit dan jangkitan kuman. Lalu, bagaimana cara kita untuk menangani masalah lipas ni? Di sini saya akan kongsikan 7 cara menangani masalah lipas ini dengan berkesan.

1. Kebersihan
Pastikan rumah anda bersih dari sebarang kotoran. Bersihkan rumah sekurang-kurangnya, seminggu sekali. Rumah yang bersih adalah musuh lipas.

2. Dapur
Sebelum tidur, pastikan dapur dalam keadaan bersih. terutama bahagian singki dan kawasan memasak. Jika tidak menemui sebarang makanan, lipas ini akan berpindah ke kawasan lain.

3. Bakul sampah
Bersihkan tong sampah dari sebarang sisa makanan yang boleh menjadi makanan lipas. Ikat bakul sampah dengan ketat agar lipas gagal mengesan makanan. Sisa makanan merupakan makanan utama lipas.

4. Makanan
Simpan makanan di dalam bekas. Makanan yang didatangi lipas akan penuh dengan bakteria dan kuman. Peti sejuk juga perlu kerap dibersihkan.

5. Kertas
Kertas juga menjadi makanan lipas. Contohnya, majalah, surat khabar, kertas, bekas telur ayam dan sebagainya. Kertas-kertas yang bertindih berpotensi menjadi tembah pembiakan lipas-lipas ini. Elak daripada menyimpan bahan berasaskan kertas di tempat-tempat tersembunyi.

6. Lubang lipas
Tutup semua tempat yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan lipas. Contohnya rekahan dinding. Pastikan semua rekahan di tutup untuk mengelak daripada menjadi tempat persembunyian lipas.

7. Racun serangga
Racun serangga mampu membunuh lipas. Pastikan kesemua kawasan yang menjadi kediaman lipas ini diracun. Adalah lebih elok jika mengunakan pembasmi serangga jenis organik yang tidak mempunyai bahan kimia demi keselamatan. Contohnya pembasmi serangga KILTAC. Mesra alam dan selamat untuk seisi keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *