BAHAYA KUTU ANJING PADA MANUSIA

Bukan hanya pada haiwan, kutu anjing juga boleh berpindah kepada manusia dan menyebabkan masalah kesihatan. Salah satu jenis penyakit akibat kutu anjing yang mungkin terjadi pada manusia adalah tifus murine.

Tifus murine adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang disebutĀ Rickettsia typhi. Bakteria ini melekat pada kutu yang pernah menggigit haiwan dengan penyakit yang sama dan kemudian menjangkiti manusia ketika menghisap darah kita.

Salah satu tanda bahwa anda telah digigit kutu anjing adalah adanya ruam yang sangat gatal, dan bila digaru akan menimbulkan bekas gigitan dengan tanda merah di sekelilingnya. Anda juga dapat menghidap penyakit ini jika tidak sengaja menghirup kotoran kutu anjing atau menggosok-gosokkannya pada mata. Gejala tifus murine antara lain adalah:

  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit perut
  • Mual dan muntah
  • Muncul ruam setelah 5 hari
  • Kehilangan nafsu makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *