BAGAIMANA FEDEX, SYARIKAT PENGIRIMAN MERAIH KEUNTUNGAN DALAM KEMELESETAN EKONOMI

FedEx diasaskan pada tahun 1971 dan hanya mula beroperasi menghantar barang kiriman pada tahun 1973. Pada tahun tersebut harga minyak sudah 4 kali ganda lebih mahal berbanding biasa.

Walaupun mempunyai kekuatan kewangan melebihi 80 juta, syarikat FedEx hampir sahaja tidak mampu bertahan setelah dua tahun beroperasi. Kebanyakkan pekerja terpaksa bekerja tanpa gaji buat sementara waktu kerana mereka yakin syarikat mereka mampu untuk bangkit.

Dengan komitmen FedEx untuk terus melayani dan beroperasi meskipun didalam waktu yang paling sukar, para pengguna bertambah yakin terhadap kreadibiliti FedEx. Hal ini akhirnya menjadikan syarikat FedEx terus menjadi pilihan utama sehinggalah pada tahun 1980, FedEx mencatat keuntungan sehingga 38 juta.

Demikianlah bagaimana usaha dan kerja keras FedEx akhirnya membuahkan hasil untuk meraih kepercayaan pelanggan. FedEx sebenarnya tidak menjual produk ataupun servis, tetapi mereka menjual “kepercayaan”. Dengan mendapatkan kepercayaan pelanggan, anda akan sentiasa menjadi pilihan pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *