Bagaimana penyakit taun merebak

Pesakit taun yang mengalami dehidrasi teruk

Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.

Penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Wabak taun juga wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika.

Taun boleh tersebar melalui lalat yang membawa bakteria taun. Lalat ini hinggap di atas makanan dan mencemari makanan dengan bakteria taun.

Tandas yang kotor juga membawa kepada penularan taun. Lalat akan mengerumun tempat tersebut kerana bau busuk. Jika air turut tercemar, kemungkinan untuk dijangkiti juga turut bertambah.

Pencegahan awal adalah amat diperlukan untuk mengelak daripada sebarang risiko sakit penyakit yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *