TIPS HILANGKAN KUTU KUCING

Ramai pemilik kucing mengalami masalah kucing dijangkiti kutu. Meskipun kucing tersebut tidak bergaul dengan kucing luar, masalah kutu tetap ada. Hal tersebut adalah disebabkan kutu kucing turut merayau mencari perumah @ mangsa.

Berikut adalah TIPS yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan kutu kucing.

  1. BELI SYAMPU KHUSUS
    Pengunaan syampu khusus untuk membunuh kutu kucing adalah perlu. Hal ini kerana, sabun mandian biasa tidak mampu untuk membendung masalah kutu kucing. kutu kucing mempunyai kemampuan untuk hidup di dalam air untuk tempoh-tempoh tertentu.
  2. UBAT KUTU
    Dengan bantuan ubat kutu, masalah kutu kucing akan dapat diselesaikan. Ubat ini mempunyai kandungan yang boleh membunuh kutu kucing.
  3. MINYAK ZAITUN
    Minyak zaitun sememangnya mempunyai banyak kegunaan. Salah satunya adalah untuk membasmi masalah kutu. Hanya perlu sapukan minyak zaitun di seluruh badan kucing dan biarkan selama 3 jam. Sebaiknya jangan biarkan kucing menjilat bulu pada waktu tersebut.
  4. AIR GARAM
    Garam dapat menyebabkan kutu mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, garam juga boleh mengakibatkan kekeringan pada kulit kucing. Oleh itu, elak untuk guna secara berlebihan.
  5. KILTAC
    KILTAC adalah penyembur serangga berasaskan organik khusus untuk menghapuskan serangga perosak. KILTAC sudah lama terbukti keberkesanannya. Masalah kutu kucing boleh diatasi dengan semburan KILTAC kerana kesan semburan KILTAC mampu bertahan sehingga 3 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *