Gigitan kutu babi buat mangsa alergik makan daging

Kebiasaannya, kita sering mendengar gigitan kutu menyebabkan rasa gatal dan sakit. Tetapi lain pula halnya apabila digigit oleh sengkenit atau lebih dikenali sebagai kutu babi. Air liur sengkenit ini mampu mengubah sistem imunisasi tubuh mangsanya sehingga menjadi alah memakan daging.

Sengkenit menjadikan hidupan liar sebagai mangsa kerana habitat hutan yang sangat sesuai untuk mereka membiak dengan cepat. Tetapi terdapat beberapa kes di mana sengkenit turut menjadikan anjing peliharaan sebagai perumah mereka. Bahkan pernah juga direkodkan mengigit manusia.

Oleh itu, adalah tidak mustahil jika anjing peliharaan anda tiba-tiba hilang selera memakan daging kerana sudah dijangkiti sengkenit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *