PESAN JACK MA : SIKAP YANG MENJANJIKAN KEMISKINAN

Menurut Jack Ma, manusia yang paling sukar dilayani adalah mereka yang bermental miskin. 


“Jika diberi sesuatu secara percuma, mereka akan berkata, ini mesti perangkap. Jika mengajak mereka membuat pelaburan kecil, mereka akan berkata hanya untung sedikit. Jika mengajak melabur besar-besaran, mereka akan kata tidak mempunyai duit. Diminta mencuba sesuatu yang baru, mereka akan berkata tiada pengalaman. Diminta menjalankan perniagaan kedai runcit, mereka akan berkata ianya sukar. Diminta mencuba bisnes baru, mereka akan kata ianya MLM. Diminta membuka kedai, mereka akan kata tiada kemahiran.”


“Mereka yang miskin mental mempunyai persamaan. Mereka suka menunggu. Mereka lebih percaya dengan Google, mendengar nasihat kawan yang sama-sama gagal. Mereka berfikir lebih banyak dari seorang profesor tetapi bertindak lebih sedikit dari orang buta.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *