JATUH 7 KALI, BANGKIT 8 KALI! BUKTI NYATA KEJAYAAN MILIK ORANG YANG TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA

Bambang Mustari Sadino atau lebih dikenali sebagai Bob Sadino terkenal dengan kekayaannya di Indonesia. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa dia juga pernah mengalami zaman kejatuhan di mana dia perlu bekerja sebagai buruh bangunan.

Beliau sememang dilahirkan di dalam keluarga yang berada. Ketika dia berumur 19 tahun, kedua ibubapanya meninggal dunia. Dia diwariskan segala harta kerana adik beradiknya yang lain sudah hidup berkemampuan.ย 

Sesudah itu, beliau memilih untuk berhijrah ke luar negara dan bekerja di sana. setelah sekian lama, beliau pun kembali ke Indonesia bersama pasangan hidupnya Soelami Soejoed.

Ketika di Indonesia beliau memilih untuk berhenti kerja dan menjalankan perusahaan sewaan kereta Mercedes. Beliau hanya memilik sebuah kereta Mercedes dan beliau sendiri yang bekerja sebagai pemandunya. Malangnya, dia telah terlibat di dalam kemalangan sehingga Mercedes yang beliau pandu rosak teruk. Kerana kos baik pulih yang mahal, beliau terpaksa menghentikan perusahaannya.

Tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan, beliau mulai bekerja sebagai buruh bangunan dengan gaji yang sangat rendah. Sehinggalah suatu hari, seorang sahabat menemuinya dan menyarankan beliau agar berbisnes telur ayam negeri (ayam daging). Tertarik dengan idea tersebut, Bob Sadino terus membuka perusahaan penternakan ayam. Dia mulanya menjual telur ayam daging tersebut dari pintu ke pintu kerana pada zaman itu, telur ayam kampung masih mendominasi pasaran Indonesia.

Masa pun berlalu, akhirnya telur ayam daging mulai mendapat minat di Indonesia. Melihat penerimaan positif yang beliau terima, beliau mulai menjual daging ayam pula. Selain itu, beliau juga orang pertama di Indonesia yang membuka ladang sayur hidroponik. Setelah beberapa tahun beliau akhirnya menjadi orang yang sangat kaya dan terkenal di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *