JUTAWAN JATUH BANGKRUP JADI PENJUAL ROTI, AKHIRNYA KEMBALI MENJADI JUTAWAN

Pada tahun 1997, asia tenggara mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk. Ramai usahawan jatuh bangkrup dan gulung tikar. Hal ini turut dihadapi seorang broker saham Thailand, Sirivat Voravetvuthikun. Meskipun beliau mempunyai nilai harta berjuta, kemelesetan ekonomi yang berterusan selama dua tahun ini menyebabkan beliau turut jatuh bangkrup. Hutang beliau mencecah satu billion Bath.

Ketika memikirkan nasib yang beliau alami, isterinya memberikan idea untuk mereka mencuba menjual sandwich di jalanan. Walaupun pada mulanya beliau memikirkan idea tersebut kurang bernas, beliau terdesak untuk mencuba kerana sudah tidak ada perniagaan lain yang beliau mampu lakukan.

Pada hari pertama dia dan isterinya menjual sandwich di jalanan, mereka mendapat keuntungan sekitar 7 ringgit sahaja. Suatu perbezaan yang sangat ketara baginya kerana pada waktu beliau berada di kemuncak, keuntungan beliau boleh mencecah 20 ribu ringgit sehari.

Setelah beberapa bulan, jualan sandwich beliau semakin laris. Dibantu oleh pekerja lamanya, beliau mampu menjual sebanyak 100,000 keping sandwich sehari. Dan seterusnya beliau pun membuka kedai kopi, kedai sushi, kerepek dan jus buahan.

Kejayaan beliau ini membuktikan, rezeki sentiasa ada sekiranya diusahakan. Jangan sesekali berputus asa. Percayalah kepada diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *