IDEA YANG DIANGGAP GILA TERNYATA MENJADIKAN TITO UTOMO JUTAWAN

Tito Utomo adalah pendiri AQUA, sebuah syarikat air mineral yang sangat terkenal di Indonesia. Pada awal beliau membawa cadangan untuk membuka syarikat menjual air mineral, ramai yang beranggapan idea tersebut sebagai idea gila. Ketika itu, tidak ramai percaya bahawa orang ramai sanggup membeli air mineral yang dibotolkan.

Inspirasi untuk menjual air mineral sebenarnya timbul akibat suatu peristiwa yang beliau alami ketika bekerja dengan sebuah syarikat minyak. Pada waktu itu, seorang wakil dari amerika syarikat mengalami sakit perut akibat minum air yang dimasak. Kejadian ini menjadi inspirasi beliau untuk menyediakan air mineral dari mata air yang bersih dan tidak tercemar di Indonesia.

Meskipun mendapat penolakan pada awal perniagaan, beliau tidak pernah berputus asa. Beliau berusaha mencari cara untuk meyakinkan masyarakat bahawa betapa pentingnya untuk mendapatkan air yang bersih.

Dengan teknik pemasaran yang tepat, beliau akhirnya berjaya menjadikan jenama AQUA sebagai sebuah jenama yang besar di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *