PENYAKIT DARI LALAT

1. Demam kepialu

Demam kepialu (tifoid) adalah sejenis jangkitan yang menyebabkan pesakit mengalami cirit-birit, deman, sakit kepala dan sakit perut. Jangkitan ini berpunca dari bakteria yang dipanggil Salmonella typhi dan berlaku apabila individu bersentuhan dengan najis atau makanan atau air tercemar.

2. Taun (kolera)

Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.

3. Disenteri

Disenteri adalah jangkitan bakteria atau ameba terhadap usus yang menyebabkan cirit-birit berdarah atau mukus. Disenteri mudah tersebar disebabkan amalan kebersihan dan kerap kali dijangkiti melalui makanan yang tercemar.

Terdapat banyak lagi penyakit yang boleh disebarkan oleh lalat. Adalah sangat penting untuk kita menjaga kebersihan dan menghindar daripada lalat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *