Warby Parkey adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di era kemelesetan ekonomi pada tahun 2010. Mereka memperkenalkan produk kaca mata yang bergaya.
Memandangkan keadaan ekonomi yang meleset, mereka memasarkan produk mereka secara dalam talian. Malah, mereka juga memberikan pelanggan beberapa kaca mata untuk dicuba terlebih dahulu sbelum membeli.
Seterusnya, mereka turut menyediakan ujian pemeriksaan mata di dalam talian. Hal ini berjaya menarik minat ramai pembeli baru sehinggakan Warby Parkey akhirnya memasuki pasaran besar dengan nilai 5 billion.
Kesimpulannya, Warby Parkey tahu kelebihan ONLINE dan memanfaatkannya secara bijak.