KEJAYAAN SYARIKAT HASBRO MEMBUKTIKAN SEMASA KEMELESETAN EKONOMI, RAKYAT TERUS MENCARI HIBURAN

Perniagaan kebiasaannya terbantut jika berlaku kemelesetan ekonomi. Hal ini adalah kerana masyarakat berusaha mengurangkan perbelanjaan. Tetapi, pada tahun 2008 syarikat pengeluar permainan dan hiburan Hasbro menunjukkan peningkatan untuk empat tahun berturut-turut, dengan pendapatan meningkat selama lapan tahun berturut-turut dan dividen suku tahunannya meningkat sebanyak 25%.

Hal ini membuktikan, rakyat masih sanggup berbelanja demi hiburan meskipun ketika kemelesetan ekonomi. Kesimpulannya, jika anda seorang peniaga, pastikan anda mencari elemen hiburan untuk pelanggan anda. Meskipun produk atau servis anda tidak berupa hiburan, anda masih boleh memberikan hiburan kepada pelanggan melalui post pada page facebook anda. Selitkan gambar, cerita atau info-info yang boleh menghiburkan pelanggan anda. Jika mereka terhibur dengan anda, mereka akan lebih terbuka untuk membeli dari anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *