SAM WALTON DARI TUKANG PERAH SUSU LEMBU MENJADI KAYA

Sam Walton lahir dari keluarga peladang. Di awal usianya, beliau bekerja sebagai pemerah susu lembu dan menghantarnya dari rumah ke rumah. Beliau turut bekerja sebagai penghantar surat khabar dan penjual langganan majalah.

Dengan pengalaman bekerja sejak dari kecil, beliau sedar bahawa perniagaan adalah kunci kekayaan. Oleh itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang ekonomi dan kemudiannya membuka kedai serbaneka setelah tamat pengajian.

Yakin dengan kemampuan berniaga yang dimiliki, beliau pun membuat pinjaman sebanyak $20,000 dari ayah mertuanya untuk membeli kedai serbaneka di Arkansas. Semenjak itu, perniagaannya berkembang dan beliau pun membina empayar Walmart.

Sebelum kematiannya pada tahun 1992, nilai kekayaan Sam Walton dianggar sebanyak 8.6 billion dollar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *