PENGASAS IKEA LAHIR DARI KELUARGA SUSAH

Ingvar Kamprad pengasas IKEA dilahirkan di sebuah perkampungan terpencil di Sweden. Meskipun lahir didalam keluarga yang serba kekurangan, Kamprad tidak pernah menghentikan niatnya untuk menjadi seorang usahawan terkemuka.

Sejak dari kecil lagi, kebolehan beliau untuk berniaga sudah menonjol. Dengan duit hadiah daripada ayahnya setiap kali mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan, beliau akan ke kota membeli mancis secara pukal dan seterusnya dijual kepada jiran-jiran terdekat di kampung.

Setelah itu, beliau meluaskan lagi perniagaan dengan menjual bermacam-macam jenis bahan. Termasuklah, ikan, dekorasi Kristmas dan pen.

Tidak cukup dengan pencapaian tersebut, beliau pun membuka IKEA perniagaan melalui pesanan. Dengan kelebihan mampu menawarkan harga yang lebih murah, IKEA terus mendapat tempat dan menjadi pilihan nombor satu.

Meskipun dianggarkan memiliki nilai kekayaan sehingga$3.5 billion, beliau lebih memilih mengunakan penerbangan ekonomi berbanding persendirian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *