3 KERJA SEHARI, SEKARANG BERGELAR BILLIONAIRE

Pada tahun 1981, Do Won Chang dan isterinya berhijrah ke Amerika dengan satu impian untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Awalnya, mereka berdua hidup serba serbi kerana kekurangan kemampuan kewangan. Tetapi hal tersebut tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka berdua mengejar cita-cita.

Do Won Chang bekerja tiga pekerjaan sehari untuk menampung hidup dan membuat simpanan kewangan. Beliau bekerja sebagai penjaga bangunan, pekerja stesen minyak dan pelayan di warung kopi. Beliau bekerja keras selama 3 tahun sehingga mampu membuka kedai pakaian mereka yang pertama pada tahun 1984.

Kedai tersebut kemudiannya berkembang dan dijenamakan sebagai Forever 21. Dalam beberapa waktu sahaja Forever 21 telah menjadi sangat terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Jualan mereka akhirnya mencecah sebanyak 3 bilion USD setahun.

Kejayaan Forever 21 adalah bukti bahawa dengan memiliki impian dan keazaman yang tinggi, kita pasti akan mampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *