PENJUAL SYAMPU PINTU KE PINTU JADI JUTAWAN

John Paul DeJoria adalah jutawan yang memiliki nilai kekayaan yang mencecah berbilion ringgit. Sedangkan pada suatu ketika dahulu, beliau lahir didalam keluarga yang sangat susah.

Sewaktu beliau berumur dua tahun, ibubapanya bercerai. Bahkan sebelum beliau berumur 10 tahun, beliau sudah mula mencari nafkah membantu keluarga dengan menjual kad ucapan perayaan natal dan surat khabar lama. Tidak lama kemudian, beliau akhirnya terpaksa di hantar ke pusat jagaan anak angkat.

Ketika meningkat dewasa, beliau bekerja di dalam syarikat pengeluar syampu. Dengan pengalaman tersebut, beliau pun membuat pinjaman sebanyak 700 dollar untuk mengeluarkan produk syampu sendiri dan membuka syarikat John Paul Mitchell Systems.

Beliau memulakan perniagaan dengan menjual syampu tersebut dari rumah ke rumah. Ketika itu beliau juga terpaksa untuk tidur di dalam kereta sahaja. Berkat usaha dan kerja keras, syampu beliau mendapat sambutan yang meluas. Kini, pendapatan tahunan syarikat beliau mencecah 1 billion dollar.

Beliau membuktikan, rezeki itu ada pada setiap orang. Lahir di dalam keluarga yang susah tidak menjadi penghalang untuk kita berjaya di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *