BERHENTI SEKOLAH UNTUK MENJUAL IKAN AKHIRNYA MENJADI JUTAWAN

Susi Pudjiastuti adalah bekas menteri Kelautan Dan Perikanan Indonesia. Beliau sangat tekenal berdasarkan kisah hidupnya yang berhenti sekolah kerana ingin berniaga menjual ikan.

Kejayaan Susi bermula dengan menjual perhiasaannya sebagai modal berniaga menjual ikan. Beliau berperanan sebagai pembekal makanan laut di serata tempat. Beliau menamakan makanan ataupun produknya sebagai Susi Brand.

Untuk menjaga kualiti produknya, beliau pun membuat pinjaman dari bank untuk membeli dua buah kapal terbang. Dengan kemudahan ini, beliau mampu menyediakan makanan laut yang masih segar kepada para pelanggan.

Setelah mengenal selok belok berkenaan kapal terbang, beliau pun melebarkan perniagaannya kepada perkhidmatan pengangkutan mengunakan kapal terbang. Pada masa sekarang, beliau sudah pun memiliki lebih daripada 50 buah pesawat yang bermacam-macam jenis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *