DARI PEKERJA KILANG PLASTIK MENJADI JUTAWAN

Pada umur 15 tahun, Li Ka-shing terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga kerana ayahnya baru sahaja meninggal. Beliau berhijrah dari China ke Hong Kong dan bekerja di kilang plastik. Di sana beliau bekerja 16 jam sehari.

Pada tahun 1950 beliau pun membuka syarikat plastik sendiri iaitu Cheung Kong Industries. Setelah itu, beliau pun menceburi bidang hartanah dan seterusnya membuka beberapa lagi syarikat lain termasuklah bidang elektrik dan elektronik. Nilai kekayaan beliau pada hari ini dianggar sebanyak 29.4 bilion USD.

“Tidak kiralah sekuat apapun atau setinggi manapun kebolehan anda; tanpa jiwa yang besar, anda pasti akan gagal.” – Li Ka-shing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *